Lagenda Itali Paolo Maldini, mendedahkan bahawa bintang sensasi Amerika Selatan, Diego Maradona dan bekas penyerang Brazil, Ronaldo merupakan lawan paling sukar yang pernah dihadapinya selama 25 tahun dalam kerjaya bola sepaknya.

Bekas kapten pasukan AC Milan itu membuat penampilan sulungnya pada tahun 1985 dan tiga tahun selepas itu, menjulang piala pertamanya bersama kelab itu di bawah bimbingan Arrigo Sacchi dengan mengalahkan Napoli, pada hari terakhir musim itu.

Pada musim sebelumnya, buat julung kalinya Napoli berjaya menjuarai liga Itali dengan bantuan Maradona, semenjak itu Maradona sentiasa bersaing dengan Maldini di peringkat kelab dan antarabangsa selama beberapa tahun.

Lebih dari satu dekad kemudian, pemain pertahanan itu berpeluang menghadapi ikon Brazil, Ronaldo, yang bermain cemerlang dengan Brazil dan saingan terdekat, Inter Milan.

Semasa waktunya dengan Inter, dia menjaringkan beberapa gol terhadap saingan bandar, A.C. Milan di Derby della Madonnina, yang juga dikenali sebagai Milan Derby.

“Saya merasa beruntung untuk bermain menentang Maradona. Dia dan Ronaldo, ketika berada di Inter Milan – mereka adalah lawan saya yang paling sukar,” jelas Maldini dalam wawancara dengan Bild

Foto Kredit: Listal