Connect with:




Trailer komik animasi superhero Cristiano Ronaldo ‘Cristiano Ronaldo: Striker-Force 7’ telah dikeluarkan melalui media sosial milik peribadi bintang Juventus itu baru-baru ini. Pratonton untuk siri animasi itu dilancarkan secara percuma bersempena Hari Buku Komik Percuma.

Tahun lepas, Ronaldo pernah mengumumkan penglibatannya dalam siri animasi kanak-kanak tersebut dengan melakonkan watak superhero utama itu dengan menetapkan komik, kartun, permainan dan kandungan digital.

Striker Force 7 menyaksikan Ronaldo mengetuai pasukan superhero yang dicipta Graphic India dalam pelbagai platform seperti komik, permainan video dan juga media lain.

“Dengan cara yang sama bola sepak menghubungkan budaya dan masyarakat di seluruh dunia, saya percaya watak-watak animasi yang hebat dapat melakukan perkara yang sama.

“Oleh itu, saya teruja untuk menyatukan kehangatan bola sepak dengan watak adiwira melalui projek ini dan berkongsi dengan peminat saya,” kata Ronaldo ketika memperkenalkan siri animasi ini pada Mei tahun lepas.

Trailer tersebut memaparkan peminat datang untuk mengambil tandatangan Ronaldo sebelum musuh mendarat dan Ronaldo dan rakannya menjadi superhero dengan menyentuh jam tangan. Kostumnya pula menampilkan nombor tujuhnya yang diletakkan di dada serta menunjukkan bahawa mereka mempunyai tujuh ahli pasukan.

Ronaldo kemudian menggunakan kemahiran bola sepaknya untuk menentang ancaman yang ditimbulkan oleh beberapa robot gergasi iaitu musuhnya.

Menurut Pengasas grafik India, Sharad Devarjan, Ronaldo telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan penuh dedikasi, etika kerja dan permainan yang epik.

“CR7 adalah superhero kehidupan sebenar kepada satu generasi dan siri animasi baru ini akan mengumpulkan sepasukan watak global dari dunia kita dan yang lain, yang mewakili kepelbagaian jutaan peminatnya,” kata Sharad.

Ronaldo turut menjejak langkah beberapa bintang ternama yang pernahmencuba nasib dalam bidang produksi dilem dan televisyen.

Foto; Gestifute Media/Jorge Monteiro

Antaranya, Bintang NBA dan NFL, Drew Brees, Derrick Brooks, Michael Finley dan Tony Parker yang memilik syarikat produksi sendiri iaitu Argent Pictures. Syarikat ini menghasilkan filem American Made dan Hacksaw Ridge yang perna memenangi anugerah Oscar.

Komik animasi superhero Cristiano Ronaldo ‘Cristiano Ronaldo: Striker-Force 7’ boleh di dapati di  https://striker-force-7.myshopify.com/.

Foto: Striker Force 7