Connect with:




Ramai yang teruja dengan aksi pertama Cristiano Ronaldo bersama Juventus bagi kempen Liga Juara-Juara menentang Valencia bagi pembukaan Kumpulan H, pagi tadi.

Namun, sayangnya pemegang rekod pencetak gol paling banyak itu berdepan kontroversi menyakitkan apabila dia dilayangkan kad merah pada minit ke 29 selepas dia dilihat mengasari pemain pertahanan Valencia, Jeison Murillo ekoran pertembungan di luar kotak penalti.

Difahamkan, perlawanan yang membawa kemenangan 2-1 ke atas Valencia turut menyaksikan Ronaldo menangis ketika menuju ke bilik persalinan.

Masakan tidak, penyerang antarabangsa Portugal itu dibuang padang buat kali pertama dalam 154 penampilannya dalam kejohanan elit Eropah itu.

Walaupun ia dilihat bukan suatu tindakan melampau yang dilakukan Ronaldo, pengadil Jeman, Felix Brych terus membuat keputusan mengenakan kad merah selepas berbincang dengan pembantu pengadil.

Dalam pada itu, Beraksi dengan 10 pemain tidak merencatkan semangat juang Juventus apabila mereka dihadiahkan dua kali sepakan penatil yang disudahkan Pjanic.

Ronaldo mungkin bakal terlepas perlawanan menentang bekas kelabnya, Manchester United pada aksi ketiga peringkat kumpulan hasil daripada layangan kad merah tersebut.

Foto Kredit: EFE/ Juan Carlos Cardenas