Connect with:




Dua gol dari Cristiano Ronaldo memastikan Real Madrid bangkit mengalahkan Paris Saint-Germain (PSG) 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara pusingan pertama peringkat kalah mati yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Bagaimanapun tuan rumah terlebih dahulu di kejutkan oleh jaringkan awal dari PSG apabila Adrien Rabiot menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-33.

Namun jaringkan itu hanya bertahan seketika apabila bintang sensasi Real Madrid, Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 apabila tidak mempersia-siakan penali yang di beri.

Kedua-dua pasukan memperkemaskan rentak permainan pada separuh masa kedua untuk mencari gol kedua. Ronaldo sekalgi lagi berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke 83 dan merupakan gol ke-101 beliau dalam saingan ini.

Tiga minit selepas itu, giliran Marcelo mencetak nama selaku penjaring apabila berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-86.

Kemenangan ini memberi sedikit kelebihan kepada Real Madrid yang akan berkunjung ke PSG bulan depan. Bagi PSG, peluang untuk mereka layak ke suku akhir masih terbuka dengan syarat perlu menang 2-0 dalam pertemuan kedua nanti.

Satu lagi perlawanan yang berlangsung pagi tadi menemukan Liverpool dan FC Porto. Jaringan Hatrik oleh Sadio Mane membantu skuadĀ  Jurgen Klopp berpesta gol, 5-0. Dua lagi jaringan hadir menerusi Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Perlawanan kedua peringkat kalah mati akan berlangsung pada 7 March nanti.

 

Foto Kredit : Antonio Villalba