Seperti diramal, pemain nombor dua dunia dari Switzerland, Roger Federer mudah tewaskan pemain di ranking ke-19 dunia iaitu Tomas Berdch, 7-6(7/1), 6-3, 6-4 di peringkat suku akhir dalam kejohanan Australia Open.

Federer akan bertemu dengan pemain muda dari Korea Selatan iaitu Hyeon Chung di separuh akhir. Biarpun usia H. Chung masih muda, beliau telah berjaya menewaskan pemain yang berada di ranking terbaik dunia termasuklah menyingkirkan Novak Djokovic.

Perlawanan separuh akhir nanti menarik untuk disaksikan sama ada H. Chung mampu mencipta kejutan ke atas R. Federer atau sebaliknya.

Jika di atas kertas, R. Federer tiada hadapi masalah besar untuk tundukkan lawannya namun semua itu akan terjawab apabila mereka bertarung dalam gelanggang nanti.

Perlawanan separuh akhir satu lagi akan menyaksikan Marin Cilic akan menentang Kyle Edmund untuk merebut slot ke perlawanan akhir.

Foto Kredit : Australia Open