Connect with:




 

Pemain nombor satu dunia, Roger Federer akan bertemu dengan wakil Australia, Matthew Ebden di suku akhir untuk memburu slot ke separuh akhir di Kejohanan Terbuka Halle yang diadakan di Jerman.

Federer yang masih segar dengan kejuaraan Terbuka Stuttgart baru-baru ini berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Benoit Paire 6-3, 3-6, 7(9)-6)7).

Manakala Matthew pula menewaskan pemain yang berada di kedudukan keenam dunia, Philipp Kohlschreiber dalam pertarungan tiga set, 4-6, 6-1, 6-2.

Di atas kertas, Federer di jangka mudah layak ke separuh akhir namun kemampuan Matthew juga harus dipandang serius kerana beliau juga berjaya melangkah ke separuh akhir dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Foto Kredit : express(dot)co(dot)uk