Pemain pasukan Sabah FA, Robson Rendy Rining dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my bagi edisi Februari 2018. Anugerah itu disampaikan oleh Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya di Kota Kinabalu hari ini.

“Saya amat gembira dengan anugerah ini dan pastinya saya berterima kasih kepada para peminat yang mengundi saya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada PFAM yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan anugerah ini.”

“Dengan anugerah yang saya terima ini, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi dan pastinya akan akan terus memberikan komitmen terbaik untuk pasukan yang saya wakili”. Jelas Rendy selepas majlis penyerahan anugerah tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha PFA Malaysia, Ahmau Fauzi Saari dan Bendahari PFA Malaysia, Rudie Ramli serta Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Rendy menerima undian tertinggi sebanyak 92.57% (2,468 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Lucas Pugh dari UiTM FC (4.99% Undi – 133 Undi), Gilberto Fortunato dari Felda United FC (1.73% – 46 Undi), Anselmo Arruda Da Silva “Casagrande” dari Felcra FC (0.30% – 10 Undi) dan Zarko Korac dari Kuantan FA (0.34% – 9 Undi)

Bagi Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my Liga Premier 2018 pula akan menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my , wang tunai berjumlah RM500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade.

Undian akan dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my. Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser). Sesiapa sahaja boleh mengundi calon-calon untuk anugerah tersebut. PFAM akan memasukkan senarai pencalonan ke dalam laman web PFAM setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.