Connect with:




Tamago, salah satu aplikasi pengstriman e-sukan terkemuka di Asia Tenggara, memberi peluang kepada peminat ‘Mobile Legends Bang Bang’ (MLBB) di Malaysia untuk memenangi sebahagian daripada RM370 000 yang ditawarkan dalam pertandingan ‘Tamago 100 Legends’ .

Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2018, pemain MLBB berpeluang memenangi hadiah wang tunai tersebut dengan menduduki tempat 100 terbaik dan menyiarkan permainan mereka di Tamago.

Menurut Pengurus Besar Tamago, Yubin Ng, pihak Tamago amat bersemangat dalam menyokong komuniti gaming dan berusaha membantu membina ekosistem e-sukan yang meriah di Malaysia.

“Melalui pengstriman permainan, kami membuka peluang yang lebih luas kepada pemain untuk menjana pendapatan,selain daripada memenangi wang dalam pertandingan.

“ Selain itu, kami juga ingin menggalakkan pemain untuk membina kemahiran masing-masing, seperti casting dan streaming. Kami berharap peminat-peminat dari Malaysia akan menikmati manfaat daripada pertandingan ‘Tamago 100 Legends’ ini,” katanya.

Pemain yang berjaya mematuhi syarat-syarat pertandingan ini akan membawa pulang RM41,400.00 (US$10,000) untuk tempat pertama, RM20,700.00 (US$5,000) untuk tempat kedua, RM12,400.00 (US$3,000) untuk tempat ketiga dan seterusnya (maklumat lengkap boleh dirujuk di bawah).

Para peserta dari Malaysia akan bertarung dengan pemain-pemain dari seluruh Asia Tenggara untuk merebut kedudukan tertinggi dalam MLBB.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, lawati laman web rasmi di discovery.tamago.live/events/100legends. Peminat Mobile Legends juga boleh menyaksikan pemain-pemain dari seluruh Asia Tenggara bersaing dalam pertandingan ini di Tamago dengan memuat turun aplikasi Tamago secara percuma.