Bekas pertahanan England dan Manchester United, Rio Ferdinand nekad untuk menukar angin kerjayanya apabila ingin menceburi arena sukan tinju professional, menurut akhbar Daily Telegraph.

 
Ferdinand, 39, memiliki 81 caps untuk pasukan kebangsaan England dan membuat lebih 300 penampilan bersama Manchester United dalam kerjaya bola sepaknya.

 
Ferdinand juga mempunyai tiga orang cahaya mata hasil dari perkahwinanya bersama Rabecca Ellison pada Jun, 2009.

 
“Selepas kematian isteri, Rebecca Ellison akibat barah payu dara pada tahun 2015 yang lalu. Sejak dari itu, saya banyak menghabiskan masa senggang untuk ke gimnasium berhampiran,” katanya.

 
Selain daripada itu, Ferdinand yang menjadi pengulas sukan sejak dari persaraannya dalam kancah bola sepak dijangka akan membuat pengumuman hari ini, namun beliau juga perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Kawalan Petinju British untuk mendapatkan lesen petinju Professional.

 

Foto Kredit: Ferdinand Sportsman