Langkawi Rugby 7’s 2017 yang berlangsung pada 29 dan 30 april 2017  telah melabuhkan tirai dengan meriahnya dengan kejohanan yang dianjurkan buat kali ke 3 ini dimenangi oleh  RIMAU 7’s, Pasukan Ragbi 7 sebelah kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur nanti.

RIMAU 7’s menewaskan pasukan Sahoca Reds iaitu juara bertahan 26-21 di perlawanan akhir bagi kategori CUP. Sahoca Reds yang dikemudi oleh Mohd Fairuz Ab. Rahman, bekas Ketua Pasukan Ragbi 7 sebelah Kebangsaan yang membawa pulang pingat Perak pada Sukan Sea Singapura 2015 memberi tentangan sengit namun RIMAU 7’s ternyata lebih unggul bagi memenangi perlawanan akhir tersebut.

Wakil YAB Menteri Besar Kedah  Y.BHG. DATO’ SHAIFUL HAZIZY BIN ZAINOL ABIDIN hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan dan menyampaikan hadiah wang tunai  RM 1,500 dan Piala Menteri Besar Kedah kepada RIMAU 7’s.

Dua lagi perlawanan akhir membabitkan pasukan Panthers Blowpipe mewaskan Wipers Alamanda 16-7 dalam kategori PLATE. Manakala kategori BOWL dimenangi Terengganu Rugby Team yang menewaskan Bos Gaurus Jr 26-5.

Perlawanan ini turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Malaysia Rugby Amir Amri Bin Mohamad, Presiden Sahoca Rugby Club, Khairul Anwar Mat Khairi dan Presiden Kedah Rugby, Y.BHG Tan Sri Dato’ Wira Abd. Halim bin Hj. Karim dan Timb Pengarah ISN En Zawawi bin Zakaria.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan oleh Sahoca Rugby Club dan mendapat tajaan dari UEM Group Berhad, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah, dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Penaja bersama bagi kejohanan adalah MADA Coprs, Dua Roda, Positive Builders, Stradale Auto System, Dan Ganding Dominan Resources. Kejohanan ini juga mendapat sokongan dari Malaysia Rugby, Kedah Rugby, Titikita Enterprise, Wisma Yakin, Dapur Bonda Restoran dan Katering, dan Han Wira Sound System.