Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tetap dianggap ‘juara dunia’ apabila gagal mempertahankan kejauraannya dalam acara 100 meter T36 (Celebral Palsy) pada kejohanan Olahraga Para Dunia yang berlangsung di Stadium Olimpik Queen Elizabeth (Queen Elizabeth Olympic Park) baru-baru ini.

Ridzuan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil telah menamatkan lariannya apabila meraih tempat kedua dengan catatan masa 12.15 saat selepas tewas kepada Yang Yifer dari China dengan catatan rekod baharu Asia, 11.93 saat.

Manakala tempat ketiga bagi acara tersebut dimenangi oleh Rodrigo Parreira da Silva yang merupakan atlet dari Brazil dengan catatan masa 12.28 saat.

Walaupun gagal mempertahankan pingat emas pada edisi dua tahun lalu di Doha dan Qatar, namun beliau tetap mendapat pujian dan penghormatan dari barisan jurulatih atlet negara lain pada kejohanan tersebut.

Menurut jurulatih olahraga paralimpik negara, R.Jaganathan, beliau amat kagum dengan usaha dan semangat yang dipamerkan oleh Ridzuan walaupun pada mulanya bimbang terhadap faktor ‘false start’.

“Begitupun, dia masih mampu mengejar pelari lain untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua dan saya sangat menghargai semangat juang tinggi dan prestasi yang dipamerkan oleh Ridzuan.

“Walaupun Ridzuan tewas pada aksi kali ini tetapi bagi saya, dia masih seorang juara,” kata Jaganathan.