Pelumba Australia, Daniel Ricciardo memadam rekod baru sepusingan di Montemelo bersama jentera Red Bull apabila mencatat masa 1min 18.047s, membaharui rekod lama yang dipegang Felipe Massa bersama Ferrari sejak 10 tahun lalu.

Beliau yang melengkapkan 165 pusingan meletakkan dirinya antara pencabar utama kejuaraan Formula 1 musim ini sambil pasukan Mclaren berdepan satu lagi masalah.

“Hari ini hari yang baik untuk saya. Saya berjaya melepasinya,” katanya yang dijadualkan mengharungin sesi ujian kelmarin tetapi diketepikan akibat demam.

“Perancangan hari ini berjalan dengan lancar dan saya fikir masih banyak yang boleh kami lakukan. Saya mampu tidur lena malam ini.”

“Kalau boleh saya mahu menamatkan pusingan satu saat lebih cepat tetapi kami akan lakukannya pada hari perlumbaan sebenar nanti.”

Juara dunia, Lewis Hamilton mencatat masa kedua terpantas manakala rakan sepasukannya di Mercedes, Valteri Bottas di tempat ketiga.

“Tugas kami masih berjalan tetapi ia menuju ke arah yang betul. Pasukan sedang berusaha keras,” kata juara dunia empat kali itu.

Mclaren sedang berhumpas pulas musim ini tatkala Red Bull dn Mercedes mendominansi catatan.

Sehari selepas masalah enjin dialami oleh Stoffel Vandoorne, kini tib giliran juara dunia dua kali, Fernando Alonso untuk kcewa.

Pelumba Sepanyol itu hanya mampu melengkapkan 47 pusingan sebelum enjinnya mengalami kebocoran dan mekanink mengambil masa selma enam jam untuk memasang enjin Renault yang baru.

Alonso kembali ke litar sebelum sesi ujian berakhir untuk melengkapkan 10 pusingan lagi.

McLaren mencatat jumlah pusingan paling rendah berbanding pasukan lain ketika tirai musim ini bakal disingkap di Litar Melbourne, Australia, 25 Mac ini.

“Saya harap masalah ini tidak berulang di Melbourne,” kata Alonso.

“Ia satu pengajaran baik dan saya gembira apabila jurutera kami terus berusaha menghasilkan jentera yang mantap.

“Saya tidak bimbang dengan catatan masa yang gagal kami lakukan hari ini. Jika kami terpaksa ke Australia esok, saya tidak ada masalah.” – AFP

Foto Kredit : news(dot)com(dot)au