Pelumba kerusi roda Britain, Richard Chiassaro mencipta rekod baru dunia dalam kategori T54 800m di kejohanan Antarabangsa Switzerland pada Ahad lalu.

Pemain berusia 36 tahun dari Essex itu merekod masa 30.35 saat pada perlumbaan tersebut sekali gus meleburkan rekod sebelum ini 1:31.12 yang dipegang oleh jaguh Switzerland, Marcel Hug.

Sebelum itu, Chiassaro telah memperbaharui rekod Eropah dalam acara T54 400m pada Jumaat.

“Saya berusaha sehabis mungkin.

“Saya dan jurulatih, Jenni Banks merancang untuk memecut lebih awal dan memimpin permainan serta mendapatkan jurang daripada orang lain.

“Risiko tetap ada apatah lagi memimpin perlawanan namun saya berjaya membuktikan kemampuan saya dan memperbaharui rekod dunia.

“Saya hanya mahu menguji diri saya menentang pelumba dari Tunisia, Yassine Gharbi kerana saya tahu dia merupakan pelumba yang sangat pantas.

“Dia hanya mengalahkan saya sekali minggu ini. Saya telah berjaya mengalahkan dia dalam 200m, 400m dan sekarang 800m, jadi saya berjaya membuktikan bahawa saya lagi laju,” katanya.

Foto Kredit : zimbio(dot)com