Daniel Ricciardo mencatat masa terpantas semasa sesi ujian Formula 1 yang diadakan di Barcelonan, Sepanyol sekali gus memberi amaran awal kepada persaing yang lain.

Beliau yang memandu jentera Red Bull-Renault berjaya mencatat masa 1.20.179 saat untuk berada di kedudukan teratas dan mengatasi beberapa pemandu yang lain.

Pemandu dari Mercedes, Valtteri Bottas pula di tempat kedua dengan catatan masa 1.20.349s dan Kimi Raikonen pula dari Ferrari di tempat ketiga dengan catatan masa 1.20.506s.

Juara edisi lepas, Lewis Hamilton dari Mercedes yang juga pemenang empat kali dalam acara ini pula hanya menduduki tempat keenam selepas mencatat masa 1.22.327s.

Ini merupakan sesi untuk pemandu menguji jentera masing-masing di samping cuba menyesuaikan diri dengan perubahah pada kenderaan mereka.

Acara Formula 1 akan membuka tirai pada 25 Mac ini di Melbourne, Australia dan siapakah akan muncul juara pada tahun ini? Semua ini akan terjawab pada penghujung pusingan iaitu pada 25 November di Yas Marina, Abu Dhabi.

Foto Kredit : grandpix(dot)com