Connect with:




Bersempena Piala Dunia yang akan berlangsung pada Jun nanti, Resorts World Genting bakal melancarkan kempen “Demam Bola Sepak Genting” bagi meraikan kejohanan bolasepak terbesar di dunia itu.

Antara yang menarik dalam kempen itu nanti adalah kehadiran 3 lagenda bolasepak England iaitu Micheal Owen, Robbie Fowler dan Paul Scholes untuk bersama-sama dengan peminat di Genting nanti.

Owen akan menjadi tetamu di Genting dari 14 hingga 16 Jun diikuti Fowler dan Scholes pada 13 hingga 15 Julai.

Menurut Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting, Kevin Tann, kehadiran ketiga-tiga lagenda tersebut pastinya menambahkan lagi kehangatan Piala Dunia di Genting nanti.

“Selain bertemu dengan legenda bola sepak berkenaan, Genting juga akan mendirikan perkampungan bolasepak interaktif di Sky Avenue.

“Namun yang paling menarik, kami turut menawarkan hadiah istimewa kepada ahli Genting Rewards Card (GRC) dimana mereka berpeluang memenangi 10 pakej pelancongan ke Rusia merangkumi tiket penerbangan ke Moscow, penginapan empat malam di hotel serta tiket menyaksikan majlis perasmian Piala Dunia.

“Selain itu, turut ditawarkan ialah sebuah kereta baharu Toyota C-HR” tambah Kevin.

Orang ramai boleh mendaftar menjadi ahli GRC secara percuma sebelum menyertai peraduan. Pemegang kad keahlian yang membelanjakan minimum RM500 dalam satu resit di mana-mana outlet Resort World Genting dari 1 Mac hingga 30 April berpeluang memenangi pakej ke Rusia.

Kevin menambah, berdasarkan kempen yang sama empat tahun lalu, mereka berjaya mendaftarkan kira-kira 30,000 ahli baharu dan kali ini kita berharap lebih ramai akan berbuat demikian.