Connect with:




Gergasi Perancis, PSG menerima tamparan awal dalam kempen liga mereka selepas tewas 1-2 kepada Rennes.

Turun tanpa Neymar yang masa depannya bersama kelab tersebut masih samar, PSG bagaimanapun tetap menurunkan barisan terkuat dengan membariskan bintang utama seperti Kylian Mbappe, Edinson Cavani dan Angel Di Maria.

PSG terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Cavani pada minit ke-34 sebelum M’Baye Niang menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Jaringan kemenangan tuan rumah hadir 3 minit selepas separuh masa kedua bermula menerusi jaringan Romain Del Castillo.

Perlawanan ini turut mendapat tumpuan ramai selepas Rennes menurunkan pemain yang baru berusia 16 tahun, Eduardo Camavinga yang menjadi punca kepada jaringan Castillo.

Persembahan meyakinkan Camavinga dalam pertemuan dengan PSG ini membuatkan dia menjadi sasaran utama kelab-kelab besar Eropah yang pastinya akan memantau perkembangannya sepanjang musim ini.