Connect with:




Seorang pemain golf telah diserang seekor angsa dalam suatu kejohanan Madison yang berlangsung di  Wolf Creek Golf Course baru-baru ini.

Apa yang lebih mengujakan, banyak gambar menarik yang telah ditangkap oleh pengunjung ketika Isaac Couling diserang angsa dan telah menjadi viral di media sosial.

Remaja yang berusia 16 tahun itu baru sahaja selesai memulakan pukulan bola golf ke lubang ketujuh sebelum berjalan di tengah padang seterusnya diserang angsa yang sedang marah ketika itu.

Dia begitupun tidak mengalami sebarang kecederaan namun salah seorang jurulatih yang berada di tempat kejadian, Steve Babbitt meluahkan rasa kurang senang kerana mangsa terbabit tidak mendapat sebarang pertolongan sewaktu insiden itu berlaku.

“Syukurlah remaja itu tidak tercedera, tetapi dia kelihatan sedang bergelut ketika diserang. Mereka menyedari ada sarang angsa yang terletak di sebelah kiri padang.

Dalam pada itu, Couling turut berasa tidak puas hati kerana tiada seorang pun yang datang membantunya.

“Ia cukup gila, semua kawan saya bercakap mengenainya. Tiada siapa yang datang membantu,” katanya.

Foto Kredit: Devon Pitts