Skuad kendalian Datuk K Rajagobal terpaksa berputih mata apabila rekod tanpa kalah berjaya dileburkan oleh Kedah 4-3 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.

Aksi yang dipamerkan ternyata sengit apabila Kedah dapat menyamakan kedudukan empat minit hasil daripada sepakan penalti Liridon Krasniqi selepas PKNS FC mendahului pada minit ke-30 menerusi jaringan Mohd Faris Ramli.

Sepakan penalti disempurnakan oleh Liridon Krasniqi

Babak kedua diteruskan dengan ledakan gol Mahali Jasuli memastikan PKNS mendahului perlawanan sebelum kelebihan mereka direnapkan oleh Liridon sekali lagi untuk mengikat kedudukan 2-2.

Pada minit ke- 68, rembatan padu Baddrol seterusnya menyebabkan pemain pertahanan PKNS tertampan bola ke gawang sendiri berjaya merubah nasib Kedah.

Rembatan Kencang Baddrol menghasilan ‘own goal’ dari pihak lawan

Gol keempat Ariff Farhan Md Isa membawa kemenangan kepada Kedah meskipun Mahali Jasuli berjaya merapatkan jurang kedudukan 4-3 di masa kecederaan.

Kemenangan Kedah ini berjaya melenyapkan rekod tanpa kalah PKNS FC sepanjang empat perlawanan.