Connect with:




Rekod pertemuan ke atas pasangan nombor dua dunia dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping tidak dianggap satu kelebihan buat beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu apabila bakal turun bagi aksi sulung Kumpulan B kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF di Guanzhou, China malam ini.

Meskipun berjaya meraih kemenangan bagi dua pertembungan sebelum ini di Seluruh England 2017 dan Terbuka Indonesia 2018, Peng Soon-Liu Ying enggan mendabik dada kerana merasakan lawan pastinya tidak mahu tunduk tambahan pula beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Menurut Liu Ying, kejohanan ini akan menjadi aksi yang berbeza, tambahan pula ia kejohanan terakhir musim ini dan sudah tentu setiap pasangan mahu memberikan yang terbaik bagi menutup kalendar 2018 dengan prestasi yang baik.

“Kami tidak boleh terlalu fikirkan rekod pertemuan sebelum ini kerana ia akan memberi tekanan kepada kami. Ini kejohanan berbeza dan kami harus bermula dari kosong.

erdasarkan undian kali ini, undian itu boleh dianggap agak baik untuk kami namun segala-galanya bergantung kepada prestasi kami sepanjang kejohanan ini nanti. Buat permulaan, kami meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan (mara ke separuh akhir),” jelas Liu Ying.

Selain Wang Yilyu-Huang Dongping, turut menjadi lawan Peng Soon-Liu Ying bagi peringkat Kumpulan B adalah pasangan di ranking ke-3 dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dan beregu Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.

Peng Soon-Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 turut memiliki rekod baik ke atas Watanabe-Arisa apabila menang semua tiga perlawanan sebelum ini – Terbuka Russia 2015, Seluruh England 2017 dan Terbuka Denmark 2018 – manakala bagi Hafiz-Gloria, kejohanan ini bakal menjadi pertembungan pertama buat kedua-dua pasangan.

Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut membuka tirai kempen mereka esok menentang beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai bagi aksi Kumpulan A.

Pada masa yang sama, satu lagi pasangan campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal membuka tirai Kumpulan A bertemu beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai juga pada malam ini.

Namun begitu, laluan buat Soon Huat-Shevon untuk ke separuh akhir tampak lebih berliku apabila diundi bersama pasangan nombor satu dunia dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong dan juga Marcus Ellis-Lauren Smith dari England.

 

Foto : Facebook Chan Peng Soon & Goh Liu Ying

Sumber : Bernama