Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly merupakan atlet paralimpik yang paling berjaya di Malaysia dan menjadi contoh kepada generasi muda.

Seluruh negara akan menunggu dengan harapan yang tinggi apabila kedua pemegang rekod dunia ini dapat mempertahankan pingat emas mereka semasa bersaing di Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 September.

Mereka merupakan wira negara dan inspirasi kepada semua para atlet untuk pencapaian cemerlang mereka – memecahkan rekod dunia dan meraih pingat emas di Paralimpik Rio de Janeiro tahun lepas dan Kejohanan Athletik Dunia di London, Julai lalu.

Ziyad, 27, memecahkan rekod dunia di London dengan lemparan sejauh 17.29m dan merupakan atlet yang pertama untuk memenangi gangsa selepas melemparkan bola besi seberat 17.12m di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lepas.

Abdul Latif, 20, memegang rekod dunia bagi acara lompatan jauh lelaki dengan lonjakan 7.60m semasa di Rio, pada September tahun lepas.

Semasa di London, Abdul Latif mendapat lonjakan sejauh 7.37m, memecahkan rekodnya sendiri sebanyak 7.35m, semasa bertanding di Doha, Qatar, pada tahun 2015.

Ziyad berkata bahawa “ini adalah tahun yang sangat baik untuk saya”.

“Saya memecahkan rekod dunia di London pada bulan Julai. Kemudian, bulan lepas, saya berjaya memenangi gangsa di Sukan SEA. Kini, saya sudah bersedia untuk memecahkan rekod dunia saya di Sukan Para ASEAN.

“Ia benar-benar hebat jika saya boleh mencapai prestasi ini di tanah air dan di hadapan semua peminat. Saya telah melakukannya sebelum ini dan saya boleh melakukannya sekali lagi, “kata Ziyad dengan ceria.

Bagi Abdul Latif, “the sky is the limit”, maksudnya bahawa tidak ada batas dan anda boleh mencapai apa-apa sahaja jika ande benar-benar mahu.

Abdul Latif yang terkena keracunan makanan di Sukan SEA, sehari sebelum acaranya sedang berusaha untuk meningkatkan prestasinya bagi memecahkan rekod dunia.

“Tetapi tidak ada yang akan menghalang saya daripada mencapainya di Sukan Para ASEAN. Saya secara fizikal dan mental bersedia untuk melakukannya kali ini, “kata Abdul Latif, yang menduduki tempat ketujuh di Sukan SEA dengan lompatan 7.34m.

Foto Kredit: MStar