Connect with:




 

Maraton London yang berlangsung minggu lalu telah menyaksikan banyak rekod dunia dicipta namun yang menariknya, rekod-rekod ini semuanya rekod yang luar biasa!

Ya, luar biasanya sungguh tidak masuk akal. Walaupun tidak masuk akal, Guinness World Record tetap menerima kesemua rekod ini untuk dimasukkan sebagai rekod dunia.

Rekod-rekod yang dicipta kali ini adalah berdasarkan larian maraton terpantas – tetapi dengan cara tersendiri.

Contohnya, Richard Gray mencipta rekod dunia maraton terpantas dengan catatan 5:49:37. Ia diterima sebagai rekod dunia kerana Gray berlari membawa pengering baju!

Selain itu, Victoria Bell mencipta pelari maraton terpantas dengan memakai kostum emoji tahi menerusi catatan 4 jam 18 minit 06 saat.

Banyak lagi rekod dunia menarik menerusi kostum-kostum mencuit hati yang berjaya diangkat sebagai rekod dunia antaranya;

 

Jika anda diberi peluang untuk mencipta rekod dunia sebegini, kostum apa yang ingin dikenakan anda?