Connect with:




Regu lelaki Malaysia

Regu badminton Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan menepati ramalan untuk muncul juara Celcom Axiata Cabaran Antarabangsa Malaysia semalam.

Membariskan pemain regu terbaik dunia, bagaimanapun mereka terpaksa berkerja keras sebelum mencatat kemenangan ke atas regu badminton negara, Aaron Chia-Wooi Yik Soh dalam pertandingan 3 set, 21-17, 17-21, 21-19.

Bagi regu negara, mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun berhadapan dengan lawan yang mempunyai ‘tittle’ juara dunia. Dalam penentuan set ketiga, bermula dengan servis dibatalkan oleh ‘empire’, regu badminton bagai hilang rentak apabila melepaskan beberapa mata mudah kepada regu Indonesia.

Regu Indonesia (Kanan) Regu Malaysia (Kiri)

Meskipun cuba bangkit kembali, ternyata pengalaman yang ada membezakan kedua-dua regu ini. Jika dilihat prestasi semasa mereka ini, regu lelaki negara ini memberi sinar baru untuk muncul antara regu terbaik pada masa akan datang.