Buat julung kalinya, program-program kecergasan senaman-mengikut-muzik yang terkenal di peringkat antarabangsa, Reebok LES MILLS LIVE, bakal menawarkan peluang kepada para peminat fanatik kecergasan di Singapura untuk bersenam bersama-sama keluarga LES MILLS.
Berlangsung pada 7 April 2018 di Marina Bay Sands Singapore, barisan program yang diaturkan sepanjang hari itu termasuk BODYPUMP® dan BODYCOMBAT™ serta senaman LES MILL popular yang lain. Program-program ini akan dikendalikan oleh pengarah-pengarah program LES MILLS yang tersohor di dunia, Rachael Newsham, Gandalf Archer Mills, Diana Archer Mills dan Kylie Gates.
Riyo Fukunaga, Penyelaras Latihan & Acara untuk Les Mills di Asia Tenggara berkata:
“Saya tidak sabar-sabar menantikan acara yang menarik ini! Buat julung kalinya, kami mengalu-alukan kehadiran Diana Archer Mills ke Asia Tenggara dan kami berasa amat bertuah atas kehadiran beliau untuk memeriahkan pentas BODYBALANCE® dan LES MILLS BARRE™. Gandingan hebat kegemaran kami Reagan Kang dan Rue She akan mempersembahkan BODYPUMP® bersama Andre Yunes Gularte dan Jon Kin Chew. Pakar seni tari kami Arnold Warren akan turut hadir bagi merancakkan acara menerusi BODYJAM® dan SH’BAM® – anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini!”
Tiket-tiket untuk Reebok LES MILLS LIVE Singapura berharga bermula daripada $45 hingga $220 dan boleh didapati melalui https://www.actifitasia.com.sg/reebok-les-mills-live/. Para peserta berpeluang memilih daripada pelbagai pakej program yang akan membolehkan mereka mengakses kelas-kelas.
Maklumat lanjut tentang Reebok LES MILLS LIVE Singapura 2018 boleh didapati di https://www.actifitasia.com.sg/reebok-les-mills-live/ & Reebok LES MILLS LIVE Singapore
Maklumat Tiket Reebok LES MILLS LIVE Singapura 2018
Tarikh :Sabtu, 7 April 2018
Tempat :Marina Bay Sands, Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands (Dewan C)
Waktu Operasi:8.00 pagi hingga 9.00 malam
Harga Tiket :
Tiket VIP — S$220 setiap orang untuk satu kemasukan
Tiket Tanpa Had — S$168 setiap orang untuk satu kemasukan
Pakej 3 Kelas (Maksimum 2 Kelas Peralatan — S$128 setiap orang untuk satu kemasukan
Kelas Tunggal (Kelas Tanpa Peralatan SAHAJA) – $45
Tiket-tiket VIP hanya terhad untuk 100 orang pertama sahaja.Semua harga di atas termasuk GST.
Barisan Program di Reebok LES MILLS LIVE Singapura 2018 –
PENDAFTARAN: 8.00 pagi
BODYPUMP®: 10:30 pagi
55 minit
Kylie Gates, Alani Mala, Jako Misic & Pasukan
GRIT™: 11:45 pagi
30 minit
Reagan Kang, Jako Misic & Pasukan
LM BARRE: 12:30 tengahari
30 minit
Diana Archer Mills & Pasukan
BODYPUMP® : 1:30 petang
55 minit
Kylie Gates, Alani Mala, Jako Misic & Pasukan
BODYBALANCE®: 3:00 petang
55 minit
Diana Archer Mills, Kylie Gates & Pasukan
SH’BAM®: 4:15 petang
55 minit
Rachael Newsham, Johnny Pawliw & Pasukan
BODYJAM®: 5:30 petang
75 minit
Gandalf Archer Mills, Johnny Pawliw & Pasukan
BODYCOMBAT®: 7:00 malam
55 minit
Rachael Newsham, Alani Mala & Pasukan
BERTEMU & BERINTERAKSI: 8:00 malam
Rachael Newsham, Gandalf Archer Mills, Diana Archer Mills, Kylie Gates