Connect with:




Program youtube terbitan kerjasama White Studio dengan Dunia Sukan – Gayat Wei yang bermula September lalu kini semakin hampir ke penghujungnya. Berbaki 3 lagi episod, Gayat Wei telah membawa penonton menyaksikan sendiri aksi aksi mencabar adrenalin hos, Darina Zarin bersama selebriti internet terkenal di Malaysia.

Antara yang telah menjadi ‘mangsa’ Darina di Gayat Wei ini adalah Zack Merican, Fattah Anas (bersama ayahnya), Norreen, KyoPropaganda, Kokom dan ramai lagi. Antara aktiviti menggerunkan yang telah dijalankan pastinya episod bersama Norreen (The Gravityz di Pulau Pinang) serta Ropeswing di Kuala Kubu Bharu bersama Kokom.

Bagi merakamkan penghargaan terhadap penonton Gayat Wei yang telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan di youtube sehingga episod kelapan ini, Dunia Sukan ingin memberi peluang kepada seorang penonton bertuah untuk menikmati sendiri satu sesi ‘mencabar adrenalin’ dalam rancangan Gayat Wei.

Caranya sangat mudah. Pertama, muat turun applikasi pintar Dunia Sukan menerusi GOOGLE PLAY dan APP STORE.  Kemudian, screenshot episod Gayat Wei kegemaran anda dan seterusnya muat naik gambar screenshot tersebut di mana-mana platform sosial media anda sama ada Facebook, Twitter atau Instagram. Jangan lupa sertakan hashtag #GayatWei dan lengkapkan slogan ‘Saya Suka Gayat Wei Kerana ……….” (tidak lebih dari 5 patah perkataan).

Kami akan pilih pemenang sebelum 20 November iaitu episod terakhir Gayat Wei. Jadi, jangan lepas peluang ini. Hantarkan penyertaan anda secepat mungkin.