Jaringan tunggal Antonio Sanabria pada lewat perlawanan memberi Real Betis kemenangan 1-0 ke atas Real Madrid, awal pagi tadi.

Kekalahan bermakna Real menduduki tempat ketujuh dalam saingan Liga Sepanyol, tujuh mata di belakang pendahulu, Barcelona, yang telah belasah Eibar 6-1, Selasa lalu.

Real juga gagal untuk meraih kemenangan dalam tiga perlawanan di laman sendiri dalam saingan Liga Sepanyol pada musim ini.

Cristiano Ronaldo kembali ke barisan serangan Los Blancos selepas digantung lima perlawanan namun gagal untuk mengalahkan penjaga gawang Betis, Antonio Adan – yang menghasilkan persembahan menakjubkan.

Foto Kredit: Twitter (MadridistaTV)