Real Madrid kini sah mengikat pemain muda, Theo Hernandez dari Atletico apabila kelab juara eropah itu mendedah pembelian terbaru mereka semalam.

Menurut siding media, Theo sangat teruja untuk beraksi bersama kelab terbaik dunia.

“Saya berterima kasih kepada penyokong serta beberapa pasukan yang mahukan khidmat saya tetapi pilihan terbaik buat saya pada masa kini adalah ke Real Madrid” kattanya

Atletico cuba menyekat perpindahan pemain pertahanan itu yang telah mempamerkan aksi cemerlang ketika dipinjamkan ke Alaves tahun lalu, namun dia sudah berpegang teguh kepada pendiriannya untuk meneruskan karier bersama kelab kedua terkaya eropah itu.

Dia juga berkata bahawa pertembungan dengan abangnya, Lucas Hernandes (pemain Atletico) tidak akan menjadi masalah ataupun peperangan.