Connect with:




Real Madrid bersengat untuk memadamkan rekod 24 perlawanan tanpa kalah Bacelona apabila mereka akan bertemu dalam aksi El Clasico, esok.

 

Hal ini kerana, mereka melihat Barca sudah selesa di tangga teratas Liga Sepanyol dengan perbezaan 11 mata mengatasi Real Madrid.

 

Akan tetapi, skuad kendalian Ernesto Valverde masih tidak melupakan detik apabila dikalahkan oleh Real Madrid 5-1 di Santiago Bernabeu dalam aksi Pila Super Sepanyol, Ogos lalu.

 

Sementara itu, Valverde perlu berterima kasih kepada bek kiri, Jordi Alba yang telah menunjukkan permain yang baik selepas penghijrahan Neymar ke kota Paris dalam perpindahan jendela yang lalu.

 

Menurut Alba, banyka lagi yang perlu dipelajari olehnya untuk menjulang pasukannya di persada liga.

 

Buat masa ini, dia (Jordi Alba) telah menjadi penghantar jaringan apabila tiga daripada enam adalah jaringan dari Lionel Messi.-AFP

 

Foto: Sbnation