Gergasi Sepanyol, Real Madrid jauh dari mengagumkan dalam kemenangan 2-0 menentang pasukan divisyen tiga, Fuenlabrada dalam kempen pembukaan Copa Del Rey, awal pagi tadi.

Marco Asensio dan Lucas Vazquez mencatat nama selaku penyumbang gol menerusi sepakan penalti.

Pengurus Real Madirid, Zinedine Zidane membuat enam perubahan kepada kesebelasan utamanya, merehatkan bintangnya seperti Cristiano Ronaldo, Luka Modric, Toni Kroos, Isco, Karim Benzema dan Sergio Ramos.

Barisan pemain simpanan Madrid kelihatan gementar dan gagal menyerlah pada babak pertama dengan percubaan sebenar mereka menerusi sepakan Marcos Llorente yang gegar palang gawang.

Dengan ketiadaan nama bintang besar, Asensio memberikan inspirasi di Estadio Fernando Torres dengan golnya pada minit ke-63.

Bekas penjaga gawang Madrid, Jordi Codina cuba untuk mengekalkan pasukannya dalam perlawanan itu dengan menafikan dua percubaan dari Borja Mayoral.

Namun, kekasaran Paco Candela terhadap Theo Hernandez mengakibatnya dibuang padang setelah mengutip kad kuning kedua dan menghadiahkan satu lagi penalti buat juara Sepanyol itu.

Vazquez tampil dan melipatgandakan kelebihan juara Eropah untuk perlawanan timbal balik dalam tempoh sebulan di Santiago Bernabeu.

Foto Kredit: Twitter (Real Madrid C.F.)