Real Madrid bangkit selepas kekalahan mengejut di saingan Liga Juara-juara dengan menundukkan Las Palmas 3-0 apabila pemain muda, Marco Asensio membantu menjaringkan gol di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

 

Dengan kemenangan itu, mereka berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona kepada lapan mata.

 

 

Foto Kredit: the first eleven

 

Kalau semua nak tahu, Real Madrid telah mencapai usia ke 117 tahun.  Penglibatan bolasepak mereka ni sudah lama, seawal tahun 1900 lagi mereka telah menubuhkan pasukan yang diberi nama ‘Madrid’ pada ketika itu.

 

Mari kita ketahui maksud logo yang mereka cipta untuk Real Madrid;

  1. Logo pertama Real Madrid tercipta pada tahun 1908 apabila mereka mengadaptasikan logo mereka dengan nama pasukan yang berada dalam bulatan.

 

  1. Sewaktu pemerintahan Raja Alfonso XIII, beliau menambah nama Madrid kepada ‘Real’ yang membawa maksud kerjaan dalam bahasa dan selepas itu mereka terkenal dengan nama Real Madrid sehingga kini.

 

  1. Pada tahun 1931, pembuburan sistem Monarki berlaku di Madrid, jadi simbol kerajaan (mahkota di atas logo) dihilangkan. Kemudian digantikan dengan garisan bewarna biru yang berada di dalam bulatan yang bermaksud ‘Wilayah’.

 

  1. Tahun 1941 selepas berakhirnya perang saudara Sepanyol, simbol Mahkota (crown) yang dihilankan dulu, diletakkan semula diatas bulatan yang membawa maksud Raja yang memerintah.

 

  1. Kemudian mereka menambahbaik logo mereka dengan meletakkan warna emas di simbol Mahkota tersebut.

 

  1. Pada tahun 2001, mereka menambahbaik lagi logo mereka dengan menggantikan garisan biru tua menjadi warna biru yang lebih cerah yang masih membawa maksud yang sama iaitu Wilayah.

 

Foto Kredit: Bellazon