Jaringan pada lewat permainan oleh Gerrad Moreno memastikan skuad kendalian Quique Flores berjaya menewaskan Real Madrid 1-0 awal pagi tadi.

Hasrat Real Madrid sekurang-kurangnya mengejar Atletico Madrid tampak makin sukar kerana kekalahan mereka kepada Espanyol dan sekiranya Valencia berjaya mencatat kemenangan nanti, Real Madrid akan jatuh ke tangga keempat liga.

Ketua Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane yang merehatkan beberapa tonggak utama termasuk bintang mereka, Cristiano Ronaldo ternyata gagal memperagakan permainan yang menyakinkan untuk memburu kemenangan.

Musim ini nampaknya Real Madrid makin sukar untuk memburu kejuraan apabila persaingan liga makin jauh di tinggalkan oleh pendahulu liga, Barcelona malah dalam kejohanan liga domestik pun mereka sudah terkeluar awal.

Kini hanya UCL sahaja harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lepas namun itu bukanlah kerja mudah kerana persaingan pada musim ini nampak begitu sengit untuk memburu kejuaraan.

Sumber Kredit : RCD Espanyol