Connect with:




Skuad kendalian Zinedine Zidane terus kemarau untuk mencatat kemenangan ke atas Atletico Madrid dalam saingan La Liga apabila sekali lagi mereka terikat dengan keputusan seri 1-1.

Biarpun Cristiano Ronaldo berjaya membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-53 namun ia belum cukup untuk membantu Real Madrid catat kemenangan apabila Antoine Griezmann menyamakan kedudukan 4 minit selepas itu.

Kali terakhir Real Madrid mengatasi mereka adalah ketika saingan La Liga 2012/2013 dengan keputusan 1-0. Selepas itu, Real Madrid seakan-akan kena ‘badi’ dalam saingan La Liga apabila terus gagal mencatat sebarang kemenangan ke atas Atletico Madrid.

Keputusan seri ini juga menyaksikan Barcelona makin selesa mendahului La Liga dengan 79 mata, 11 mata di hadapan Atletico Madrid. Barcelona juga telah menyamai rekod tanpa kalah Real Sociedad dengan 38 perlawanan tanpa kalah.

Apa yang menarik adalah fakta nombor iaitu Real Sociedad melakukannya ketika musim 1979/1980 manakalah Barcelona pula melakukannya pada tahun 2017/2018 dan Barcelona kini satu langkah untuk melakukan rekod baru tanpa kalah.

Foto Kredit : LaLiga