Connect with:




Akhirnya, Real Madrid mengalami kekalahan pertama dalam aksi La Liga di bawah kendalian jurulatih, Julen Lopetegui selepas tewas dibelasah Sevilla 0-3 hari ini.

Bukan itu sahaja, skuad The Catalan turut berdepan nasib yang sama apabila tewas mengejut 1-2 di tangan pasukan Leganes.

Sebelum ini, Seviila yang membenam Levante 6-2 sememangnya dilihat begitu agresif pada babak pertama.

Andra Silva yang dipinjamkan dari Ac Milan mencetak gol pembukaan pada minit ke 17 sebelum menambah lagi gol peribadinya empat minit kemudian selepas penjaga gol Real, Thibaut Courtois melakukan kesilapan.

Penerang Wissam Ben Yedder terus membunuh Real apabila menjaringkan gol ketiga Sevilla pada minit ke -39 sekali gus mengesahkan kemenangan kelabnya yang berjaya memperoleh empat kemenangan berturut-turut apabila bertemu Real di tempat sendiri.

Barcelona kekal di tangga teratas liga dengan perbezaan gol, terikat 13 mata dengan Real.

Ia turut sekaligus merekodkan kekalahan serentak kedua-dua kelab gergasi itu pada hari sama sejak Januari 2015