Pengurus Manchester United, Jose Mourinho begitu yakin bahawa Real Madrid tidak akan jual pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo kepada mana-mana pasukan kerana beliau merupakan aset yang begitu penting kepada pasukan Real Madrid.

Ronaldol pernah bermain bersama Man United dari tahun 2003 hingga 2009 sebelum berhijrah ke Real Madrid dan telah merangkul pelbagai kejuaraan sama ada di La Liga mahupun peringkat Eropah.

Setiap kali jendela perpindahan pemain dibuka, Ronaldo sering dikaitkan akan pulang ke kelab lamanya namun Mourinho percaya, perkara itu tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Ronaldo dilihat berpeluang mencipta sejarah bersama Real Madrid untuk memenangi kejuaraan hatrik Liga Juara-Juara (UCL) jika mereka berjaya menewaskan Liverpool nanti.

Jika Real Madrid berjaya melakukannya, Ronaldo dilihat akan menjadi pilihan sekali lagi untuk memenangi Ballon d’Or untuk kali ketiga berturut-turut dan berpeluang untuk pintad Lionel Messi. Ronaldo dan Messi masing-masing telah memenangi Ballon d’Or sebanyak 5 kali.

Real Madrid dan Liverpool kini dalam persiapan untuk menghadapi perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) yang akan berlangsung pada 27 Mei di Stadium NSK Olimyskiy.

Foto Kredit : okezone bola