Meskipun kekurangan pemain, Real berjaya meraih kemenangan ke atas musuh tradisinya Barcelona dengan jaringan 3-1 dalam Piala Super Sepanyol, awal pagi tadi.

Marcelo terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat Real apabila hantarannya tertampan oleh Gerrard Pique lalu menewaskan Ter Stegen pada minit 49.

Barca kemudian menyamakan kedudukan hasil dari sepakan penalti Lionel Messi yang diperoleh atas kekasaran Keylor Navas terhadap Suarez pada minit 76.

Cristiano Ronaldo seterusnya meletakkan Real di depan minit 89 hasil dari serangan balas namun menerima kad kuning selepas menanggalkan jersi meraikan jaringan kencangnya.

Tiga minit selepas jaringan, Ronaldo dibuang padang ekoran menerima kad kuning kedua selepas didakwa sengaja merebahkan badan dalam kotak penalti ketika dicabar oleh Samuel Umtiti.

Real bagaimanapun berjya menghasilkan gol dari serangan balas oleh pemain muda Marcos Asensio sekali gus meranapkan impian penyokong Barca di laman sendiri.