Connect with:




Sepuluh pasukan dari Liga Malaysia (Liga M) yang dikenakan denda sudah menghantar surat rayuan sebelum tarikh tutup, semalam.

Hal ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Libiliti Terhad Bolaespak Malaysia (FMLLP) selepas menerima kesemua rayuan yang akan dikemukakan kepada ahli lembaga pengarah FMLLP untuk membuat keputusan.

“Kami sudah pun menerima rayuan dari sepuluh buat pasukan dan kami akan berbincang mengenai keputusan bersama ahli lembaga pengarah,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia berkata bahawa nasib sepuluh pasukan tersebut dijangka bakal diketahui dalam tempoh terdekat sebelum Kongres Tahunan FMLLP yang akan berlangsung pada AAhad ini.

“Kemungkinan, mereka akan mendapat keputusan dalam masa dua tiga hari lagi sebelum kongres tahunan. Jika tidak sempat, mungkin selepas itu.”

Namun, dia meluahkan rasa kekecewaanya terhadap segelintir pasukan yang tidak mengambil hal ini secara serius.

“Ada pasukan yang menghantar surat rayuan disertakan dengan dokumen sokongan, ada juga yang menghantar dengan sekeping surat bersama penjelasan ringkas sahaja. Apa-apa pun kita tunggu keputusan dari ahli lembaga pengarah nanti.”

Terdahulu, FMLLP mendedahkan enam pasukan dari Liga Perdana manakala empat pasukan dari Liga Super gagal melengkapkan dokumen pendaftaran dan menghantar dokumen selepas tarikh akhir yang ditetapkan pada 3 Februari lalu.

Empat pasukan dari liga Perdana iaitu Sarawak, Kuantan FA, PDRM dan Pulau Pinang tidak melengkapkan dokumen pendaftaran sementara  dua pasukan lambat menghantar dokumen melepasi tarikh akhir iaitu MIFA dan UKM FC yang memberikan dokumen pada 15 FEbruari dan 19 Februari lalu.

Bagi Liga Super pula, Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen selepas tarih akhir ditetapkan manakala Kuala Lumpur dan Kelantan tidak menghantar atau menghantar dokumen yang tidak lengkap.

Foto Kredit: FMLLP