Connect with:




Menyingkap kembali 25 tahun lepas, WWE Raw telah menjadi siaran tv berepisod paling lama dalam sejarah tv Amerika Syarikat. Bagi penyokong gusti yang rindukan zaman kegemilangan lagenda penggusti terdahulu, acara RAW yang berlangsung semalam membawa seribu kenangan sepanjang tempoh 25 tahun. Sejak ulangtahun RAW yang ke 25 dipromosikan sebulan yang lepas, ramai yang teruja untuk menyaksikan penampilan bintang gusti yang pernah menghangatkan era WWF suatu ketika dahulu.

Arena Manhattan Centre, New York- Foto Kredit: WWE Raw

Sesuai dengan mengimbau memori dan nostalgia buat peminat, acara RAW telah diadakan di dua lokasi yang berbeza iaitu Manhattan Centre, New York dan Arena Barclays Centre di Brooklyn. Paling mengharukan, arena Manhattan Centre inilah yang menjadi saksi medan pertempuran episod pertama RAW yang berlangsung pada 11 Januari tahun 1993.

Dengan berinspirasikan episod pertama RAW, konsep yang digunakan pada malam itu membawa peminat kembali ke era 1993. Pengadil yang berpakaian kemeja lengan panjang bersama Bow Tie, menggunakan logo WWE yang klasik dan dekorasi vintage yang dipersembahkan sekaligus menggamit zaman 90 an sepanjang acara berlansung. Tidak lupa juga alunan suara yang enak dari lagenda pengulas WWE, Good Ol’ Jim Ross dan Jerry ‘The King’ Lawler menjadikan suasana pada malam itu sangat meriah dan mengujakan.

Pengulas RAW 25 Good Ol’ Jim Ross dan Jerry ‘The King’ Lawler. Foto Kredit: WWE RAW

Bukan sahaja di Manhattan Centre, lokasi kedua yang menjadi tumpuan RAW semalam, Arena Barclays Centre di Brooklyn dihadiri oleh barisan bintang penggusti WWE termasuk kehadiran penonton serama 15 000 orang.

Siapalah RAW tanpa McMahons family. Aksi pembukaan yang bukan sahaja dihadiri adik beradik McMahons, Shane dan Stephanie, malah mereka telah menjemput ayahnya untuk bersama-sama meraikan ulangtahun RAW yang ke 25. Acara yang ditayangkan diselangi dengan dua lokasi yang berbeza menyaksikan babak pembukaan yang dramatik dan kejutan yang menghiburkan. Masakan tidak, selain Vince tidak menerima penghargaan yang diberikan oleh anak mereka dan menjatuhkan maruah penyokong di Arena Arena Barclays Centre di Brooklyn, babak itu hanyalah sekejap kerana bunyi kaca pecah telah menghangatkan atmosfera di situ. Itu tandanya, lagenda penggusti yang pernah mencipta pelbagai aksi dan drama, Stone Cold Steve Austin telah masuk ke dalam arena tersebut.

Setibanya bekas Juara WWE sebanyak 6 kali itu, tanpa melengahkan masa lagi, beliau memberi minuman keras kepada Shane McMahons yang dijadikan sebagai sasaran Vince untuk Stone Cold melakukan Renjatan Stone Cold (Stone Cold Stunner). Tampak gah dengan minuman keras di tangan Vince, namun umpannya terbantut apabila Shane dan Vince diberikan Hentakan Stone Cold (Stone Cold Stunner) oleh hero botak WWE. Sorakan kegirangan penonton berkumandang di Brooklyn dengan dua lagak penyudah Stone Cold kepada Shane MacMahons.

Lagak Penyudah Stone Cold Stunner kepada Shane MacMahons-Foto Kredit: FB WWE RAW

Kemeriahan RAW yang berlansung bukan terhenti setakat itu. Kemunculan ramai wira lagenda menghidupkan suasana baik di Manhattan mahupun Brooklyn. Kumpulan De Generation X (Triple H, Shawn Michaels, Billy Gunn, Road Dogg dan Xpac) di Manhattan menggamit kenangan buaat peminat yang rindukan aksi mereka di dalam ring. Tidak lupa juga, Thr Deadman membawa watak yang garang tampak menakutkan memberi bayangan tentng persaraannya dalam Wrestlemania yang mungkin tidak wujud dan masih samar-samar.

Kumpulan De Generation X (Triple H, Shawn Michaels, Billy Gunn, Road Dogg dan Xpac) bersama Balor Club- Foto Kredit: WWE RAW

Bersiaran selama 3 jam, lagenda diva wanita yang pernah membulatkan mata para jejaka suatu ketika dahulu menghangatkan lagi acara RAW. Walaupun sekejap dipersembahkan, peminat sangat teruja menyaksikan Bella Twins, Kelly Kelly, Jacqueline, Michelle McCool, Terri Runnels, Torrie Wilson dan Trish Strarus.

Barisan diva(s) RAW yang pernah mencetuskan kemeriahan di ring- Foto Kredit: WWE RAW

Keterujaan dalam stadium disalingi dengan aksi kelakar di belakang tabir. Kemeriahan dipamerkan oleh bintang lagenda seperti  Jonathan Coachman, Brother Love, MVP, Faarooq & Bradshaw, Million Dollar Man, Teddy Long, Christian, Dudley Boyz, Scott Hall, Boogey Man dan ramai lagi amat mengubat kerinduan di hati peminat.

Kemunculan Boogey Man yang mengejutkan bintang RAW- Foto Kredit: WWE RAW

Natijahnya, sambutan ulangtahun RAW yang ke 25 menjadi suatu fenomena buat para peminat seantero dunia. Sekalung penghargaan buat syarikat WWE yang membawa kita semua ke era kegemilangan suata ketika dahulu.