Connect with:




Pelumba negara yang beraksi di FIM CEV Repsol, Ramdan Rosli terlibat dengan kemalangan ketika sedang berlumba di Litar Albacete, Sepanyol.

Berdasarkan video perlumbaan, Ramdan yang berada dalam kelompok 10 pelumba di hadapan dilihat terbaring sementara jenteranya kelihatan hancur dengan agak teruk.

Bagaimanapun menurut kenyataan pasukan Ramdan iaitu OneXOX TKRR SAG Team, punca kemalangan masih disiasat.

Ramdan Rosli mengalami kecederaan patah tulang femur kaki kanan dan akan di transfer ke Hospital di Barcelona dari…

Posted by Onexox TKKR SAG Team on Ahad, 13 Oktober 2019

Ekoran dari kemalangan tersebut, Ramdan Rosli mengalami kecederaan patah tulang femur kaki kanan. Beliau sepatutnya dihantar ke Barcelona namun disebabkan pemindahan tersebut mengambil masa 6 jam, pasukan membuat keputusan untuk membuat pembedahan di Albacaete General Hospital.

Laporan terkini dari laman facebook OneXOX TKRR SAG Team kemudiannya menyatakan Ramdan telah selamat menjalani pembedahan dimana tulang femurnya telah dipasang plate dan tiga skur dengan jangkaan dia dapat berjalan semula dalam tempoh dua hari.

Selepas 9 perlumbaan, Ramdan ketika ini menduduki tangga ketujuh keseluruhan dalam kategori Moto 2 hasil kutipan 68 mata.