Connect with:




Selain melihat aksi pelumba negara di Kejuaraan Dunia, peminat permotoran negara kini boleh juga mengikuti perkembangan dua bintang permotoran Malaysia iaitu Ramdan Rosli dan Azlan Shah Kamaruzzaman yang akan beraksi di Kejuaraan Motosikal Eropah (CEV).

Ramdan dan Azlan Shah akan membawa cabaran pasukan tempatan, TKKR Racing yang bekerjasama dengan  SAG Racing Team selain ditaja syarikat yarikat telekomunikasi ONEXOX SDN BHD dan XOX selaku penaja utama dibawah nama ONEXOX TKKR SAG Racing Team.

Kedua-dua mereka akan beraksi dalam kelas Moto2. Lebih menarik, pasukan turut akan diperkuatkan dengan dua pegawai teknikal tempatan untuk mereka berkongsi dan menimba pengalaman berkenaan teknologi serta kepakaran luar.

Selain itu, pasukan ini turut akan menyertai kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia menerusi pelumba sedang meningkat naik dari Australia, Remy Gardner dan Tetsuta Nagashima dari Jepun.

Perlumbaan pertama Ramdan dan Azlan Shah dijadualkan berlangsung pada 7 April di Estoril, Portugal.