Kasut Berfungsi memberikan keselesaan selain berfungsi sebagai pelindung kaki terutamanya ketika beraktiviti di luar. Pemilihan kasut penting kerana untuk mengelakkan dari dijangkiti kulat, kematu dan sebagainya.

Apa-apa pun jenis kasut sukan pilihan kita, pastikan yang ianya betul-betul selesa dan bersesuaian. Bukan bermakna brand dan harga perlu gah dan mahal adalah yang terbaik. Terpulang kepada pilihan hati dan kemampuan kita. Jangan lupa amalkan tips mudah memilih kasut sukan atau senaman.

1: Mencuba Kasut Terlebih Dahulu

Mesti cuba terlebih dahulu kasut yang kita pilih. Pastikan kasut yang dipilih tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar dan bersesuaian dengan saiz kaki anda. Cuba kasut sukan yang ringan dan mudah dilentur. Hal ini penting bagi memudahkan setiap aktiviti.

2: Sentiasa Memakai Stokin Sebelum Memakai Kasut

Kesesuaian pemakaian pelindung kaki/stokin. Elakkan memakai stokin yang terlalu nipis (disarankan atlet untuk menggunakan ‘moisture-wicking socks’ yang diperbuat daripada bahan sintetik kerana dapat mengurangkan geseran pada kaki). Sentiasa menukar penggunaan stokin dan tidak hanya menggunakan stokin yang sama untuk semua aktiviti.

3: Menggunakan Bahagian Dalam Kasut Yang Lembut

Pilih kasut yang bahagian dalamnya lembut. Bahagian yang lembut ni boleh mengelakkan kaki kita tercedera atau sakit semasa melompat atau berlari. Lebih baik jika kasut anda mempunyai ‘extra cushion’ kerana ianya boleh menyedapkan lagi kaki anda untuk berjalan.

Bahagian tapak merupakan elemen terpenting bagi menentukan keselesaan kaki anda. Kenal pasti bentuk kaki anda dan padankan dengan rekaan tapak kasut sukan.

4: Pilih Kasut Ikut Kesesuaian Kaki

Ada berkemungkinan kasut tersebut direka bentuk untuk golongan yang bertapak kaki kecil atau mungkin lebih kurus. Jadi bila orang bertapak kaki besar dan lebar memakainya, ianya kelihatan tidak menarik. Ianya akan kelihatan menggelembung atau sempit walau pada hakikatnya saiz yang kita cuba tu sudah mengikut saiz kaki kita.

5: Selesakan Diri Dengan Jenis Kasut Yang Dipakai

Berdiri di depan cermin dan perhatikan adakah kasut yang anda pakai mengubah keadaan diri anda. Ada kasut yang membuatkan anda lebih rendah dan lebih tinggi. Ada juga yang membuatkan anda nampak membongkok dan lebih menyerlah. Jangan malu untuk dapatkan nasihat penjual atau sahabat anda. Kasut yang mahal tidak semestinya yang terbaik. Anda perlu meneliti setiap perkara sebelum membeli kasut idaman anda. Jika tidak sudah tentu anda akan mengalami kerugian.

6: Pilih Corak Yang Bersesuaian

Ramai orang akan mudah tertarik dengan rekaan kasut sukan yang hadir dalam warna-warna striking. Sentiasa ingat perkara pertama dalam memilih kasut sukan adalah keselesaan bukan rekaan. Kadang-kadang, ada sesetengah kasut yang designnya nampak sangat cantik tapi bila kita pakai, terasa pelik dan tidak selesa pula.