Connect with:




Pada 6 Mei 2019 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di Malaysia malah di seluruh dunia bagi menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Seperti yang sedia maklum erti puasa itu adalah mereka menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan puasa dari matahari terbit sehingga terbenam matahari.

Terdapat pengecualian bagi mereka yang sakit, tua, mengandung, menyusu, atau mengembara. Walaupun kebanyakannya akan mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk menumpukan kepada aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan memperbanyakkan ibadat dan berehat seketika daripada melakukan aktiviti luar dan lasak.

Tetapi terdapat juga mereka yang inginkan senaman-senaman untuk kekalkan kesihatan dan tubuh badan yang sihat pada bulan puasa ini. Oleh itu, mengikut pendapat kami, ini adalah sukan yang sesuai untuk diamalkan pada bulan puasa ini.

  1. Berjalan Kaki

Cara ini yang paling mudah hanya perlu berjalan mampu mengekalkan kesihatan anda. Berjalan kaki merupakan salah satu senaman yang terbaik dan ia mampu mengurangkan segala penyakit, kurangkan berat badan, kuatkan tulang serta membuatkan anda bergembira lebih-lebih lagi berjalan dengan kawan-kawan atau orang yang tersayang.

Senaman dengan berjalan kaki juga tidak akan memberikan kesan yang buruk malah ia juga tidak memenatkan sangat. Anda boleh berjalan 1 km atau 2 km sehari pun sudah mencukupi pada bula puasa ini, anda tidak perlu terburu-buru, anda boleh berjalan sambil dengar lagu, gelak ketawa bersama rakan-rakan, baca novel, sambil tengok sekeliling dan macam-macam anda boleh buat. Tetapi jangan jalan-jalan sambil makan dan minum pula yang salah tetap salah.

Manakala anda yang tinggal di rumah yang bertingkat seperti pangsapuri, anda janganlah naik lift cuba naik tangga. Senaman naik turun tangga, empat atau lima tingkat sudah memadai dan buatlah 2-3 kali sehari. Kalau penat rehat kejap dan sambung balik lagi pun cara ini tidak kena cahaya matahari yang panas.

  1. Berbasikal

Cara dengan berbasikal merupakan senaman yang sesuai ketika bulan puasa kerana berbasikal tidaklah begitu meletihkan dan membebankan jika anda melakukan kayuhan ringan. Anda hanya perlu mengayuh basikal di taman sambil menikmati suasana petang pasti menyeronokan malah anda dapat memanfaatkan waktu petang anda dengan aktiviti berfaedah untuk kesihatan.

Senaman dengan berbasikal ini mempunyai banyak manfaatnya antaranya anda mampu mengurangkan berat badan, menguatkan otot kaki anda, keseimbangan, tekanan mental, jantung serta penyakit kardiovaskular dan pelbagai lagi.

Malah jika anda ingin membakar lemak, anda boleh mengayuh basikal dengan perut kosong. Cara ini akan membakar lemak lebih cepat.

  1. Senaman Yoga

Foto: Nona

Senaman yoga juga tidak memenatkan dan tidaklah menggunakan kekuatan fizikal, anda hanya perlu buat gerakan yang mudah sahaja. Anda ambil masa dalam 30 minit untuk membuat senaman ini setiap hari.

Yoga dapat mampu menurunkan berat badan, membaiki postur badan, tubuh lebih fleksibel, meningkatkan daya kosentrasi dan menenangkan fikiran. Manalah tahu anda dapat melupakan fikiran perasaan lapar itu boleh hilang selepas melakukan yoga ini.

  1. Berkebun Di Rumah

Foto: familytimemagazine.com

Ya benar, berkebun juga salah satu senaman yang terbaik di luar kerja tetap anda disamping dapat meraih hasil tanaman. Malah dengan memiliki kebun anda sendiri, maka persekitaran anda akan kelihatan cantik, sejuk dan segar.

Berkebun adalah senaman yang sihat kerana ia boleh mnengeluarkan peluh yang banyak dan tidak begitu meletihkan. Anda boleh tanam sayur dan bunga di sekeliling rumah anda bagi menyerikan halaman rumah sambil bersenam. Nanti bila dapat hasil bolehlah masak untuk berbuka puasa nanti.

Selain dari itu, berkebun juga akan meningkatkan kesihatan organik jantung, menurunkan tingkat tekanan kerja, meningkatkan sistem imun, dapat elakkan hipertensi, sangat berkesan untuk membakar kalori, dapat elakkan dari alzheimer dan sudah pasti berkebun akan jadikan hari anda lebih bahagia lebih-lebih lagi berkebun bersama keluarga tersayang.

  1. Senaman Aerobik

Foto: Galena

Mungkin sedikit memerlukan tenaga tetapi ia masih dalam kategori yang sukan yang tidak memerlukan tenaga yang banyak. Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. Tetapi janganlah anda terlalu ghairah melompat sana sini, memang akan dahagalah jawabnya.

Sudah pasti sukan ini amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak musik dan berkumpulan. Malah, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Ketika bulan puasa sangat eloklah melakukan senaman ini kerana ia bukan sahaja seronok malah ia juga dapat membakar lemak kerana setiap langkah yang diambil lemak anda akan terbakar. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan pergerakan anda dan kekerapan anda melakukan senaman ini.

 

Jadi, macam mana sekarang? Anda sudah mempunyai senaman yang sesuai dengan keadaan anda semasa bulan puasa nanti? Walaupun puasa itu kita tidak boleh makan dan minum bermula matahari terbit sehingga terbenam matahari, kesihatan diri mesti kita ambil berat dan dikekalkan supaya diri kita cergas sepanjang hari.

Foto: JustGiving