Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia dilarang sama sekali untuk melakukan perjalanan ke Korea Utara sehingga diberi notis kelak.

Hal ini berikutan kepincangan dan ketegangan yang semakin meruncing di negara berkenaan.

“Larangan perjalanan ini disemak semula sebaik sahaja keadaan kembali pulih seperti sedia kala”, kenyataan daripada Timbalan Menteri Luar Negeri, Reezal Merican Naina Merican.

 

Hal ini menggangu sedikit sebanyak dalam sukan negara apabila Skuad Harimau Malaya akan mengharungi kempen kelayakan Piala AFC 2019 menentang Korea Utara yang dijadualkan pada 5 Oktober nanti.

Pertemuan untuk perlawanan yang ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B menentang Korea Utara akan berlangsung di Pyongyang, Korea Utara.

Sehingga kini, pusingan kelayakan menentang North Korea telah ditangguh sebanyak dua kali atas sebab keselamatan para pemain.

Namun, larangan ini tidak dapat dipastikan sama ada akan menjejaskan perlawan antara dua negara ini.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi Kementerian Luar di talian +603-80008000 (waktu bekerja) atau +603-88874570 (selepas waktu bekerja),”.

Foto Kredit: Portal Rasmi Kementerian Luar Negeri, Asiana.MY