Connect with:




Rakuten, Inc., sebuah pemimpin global di dalam perkhidmatan internet, hari ini mengumumkan pelancaran Rakuten Sports. Platform hiburan sukan penstriman langsung dan video atas permintaan (VOD) yang baharu ini yang disediakan oleh Rakuten akan menyampaikan kandungan sukan kepada penonton global.

Rakuten Sports menyediakan kepada penonton dengan perlawanan Meiji Yasuda J1 League dari musim 2019 sama ada secara langsung dan atas permintaan. Portfolio kandungan perkhidmatan itu, yang pada masa ini bertumpu kepada bola sepak, juga menampilkan siri asal Iniesta TV, yang mengikuti bintang bola sepak antarabangsa Andrés Iniesta yang bermain untuk kelab bola sepak J.League Kumpulan Rakuten, Vissel Kobe. Rakuten telah bekerjasama dengan Lagardère Sports, pengedar hak media antarabangsa bagi liga bola sepak profesional Jepun, untuk mengedarkan perlawanan J.League musim 2019 kepada peminat di lebih daripada 140 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, tidak termasuk Jepun dan wilayah terpilih.*1 Perkhidmatan baharu itu direka untuk menarik minat peminat bola sepak di Vietnam, Singapura, Filipina, Indonesia, Malaysia, Kemboja, Myanmar, Laos dan negara-negara lain di Asia Tenggara, di mana populariti sukan itu semakin meningkat dan pangkalan peminat J.League semakin berkembang.

“Rakuten yakin di dalam kuasa sukan untuk menjangkau halangan bahasa dan budaya – satu kuasa yang menghubungkan orang dan mewujudkan masyarakat,” kata Makoto Arima, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Rakuten, Ketua Pegawai Hasil dan Presiden bagi Rakuten Media & Sports Company. “Kami sangat gembira kerana dapat menyampaikan kegembiraan sukan kepada peminat di seluruh dunia, itulah sebabnya Rakuten telah bekerja bersama rakan-rakan kami untuk membawa dan menghidupkan pelbagai barisan inisiatif sukan. Rakuten Sports mewakili satu bahagian penting di dalam misi ini. Kami berharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan berterusan J.League dengan berkongsi apa yang boleh ditawarkan oleh liga itu dengan peminat bola sepak di seluruh dunia.”

Masaaki Kimura, Pengarah Urusan Kanan bagi J.League (Liga Bola Sepak Profesional Jepun) berkata, “Kami teramat gembira untuk mendengar bahawa Rakuten Sports akan mengedarkan perlawanan Meiji Yasuda J1 League ke seluruh dunia menerusi platform mereka pada musim 2019. Di samping bintang handalan antarabangsa seperti Andrés Iniesta dan Fernando Torres yang beraksi dalam liga itu, kami merasakan minat global yang semakin meningkat ke arah liga kami. Kami berharap untuk mempunyai satu sinergi positif dengan Rakuten Sports dan menjadikan liga itu menjadi lebih menarik bagi semua peminat sukan di seluruh dunia untuk menikmatiya.”

Sebagai tambahan kepada bola sepak, Rakuten Sports merancang untuk menambah penawaran mereka dengan memperkenalkan bola keranjang, pingpong dan sukan lain pada masa akan datang. Melangkah ke hadapan, platform hiburan sukan itu juga merancang untuk memperkenalkan keupayaan penglibatan pengguna baharu yang akan membolehkan peminat sukan global untuk berinteraksi dengan kandungan semasa berkomunikasi dengan peminat sukan lain dalam cara yang baharu dan berinovatif. Rakuten berhasrat untuk menyumbang kepada pemerkasaan komuniti sukan global dengan mengedarkan kandungan berasaskan sukan yang menarik perhatian penggemar di seluruh dunia.

*1 Perlawanan J.League boleh ditonton di seluruh dunia, kecuali di negara dan wilayah berikut: Algeria, Bahrain, Bosnia dan Herzegovina, Brunei, Kanada, Chad, China, Croatia, Djibouti, Mesir, FYR Macedonia, Hong Kong, Iran, Iraq, Jepun, Jordan, Kosovo, Kuwait, Lubnan, Libya, Macao, Mauritania, Mongolia, Montenegro, Maghribi, Oman, Palestin, Qatar, Republik Sudan, Arab Saudi, Serbia, Slovenia, Somalia, Korea Selatan, Sudan Selatan, Syria, Thailand, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat dan Yaman. Iniesta TV boleh ditonton di seluruh dunia (akses internet diperlukan).