Connect with:




 

Pelari pecut dari Afrika Selatan, Akani Simbine mencuri tumpuan apabila muncul juara acara pecut 100m dan berjaya mengetepikan pilihan utama dari Jamaica, Yohan Blake sekali gus muncul raja pecut untuk sukan komanwel kali ini.

Akani berjaya melakukan catatan terpantas dengan 10.03s untuk menang emas sementara rakan senegara Akani, Henricho BruintjiesĀ meraih perak dengan catatan masa 10.17s. Pingat gangsa pula menjadi milik Blake apabila hanya dibezakan 0.02s denga Henricho iaitu 10.19s.

Foto kredit : abc(dot)net(dot)au

Sementara itu, ratu pecut menjadi milik Michelle-Lee Ahye dari Trinidad & Tobago dengan catatan masa 11.14s dan ini juga merupakan emas pertama untuk negaranya dalam sukan komanwel kali ini.

Pingat perak dan gangsa pula mejadi milik Christania Williams dengan catatkan 11.21s dan Gayon Evans 11.22s dari Jamaica. Dalam acara olahraga, atlet dari Jamaica sememangnya cukup terkenal dengan melahirkan ramai pelari terbaik dalam sukan ini termasuklah juara dunai Usain Bolt.

Foto Kredit : eurosport(dot)co(dot)uk