Connect with:




Pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue Sturmer tekad mahu membantu The City Boys tampil cemerlang dalam kempen Piala Malaysia tahun ini. Beliau telah mencatatkan bantuan gol terbanyak untuk Liga Super (9 bantuan gol) musim ini meninggalkan Gonzalo Cabrera (7) dan Akhyar Rashid (6) masing-masing ditempat ke-2 dan 3.

kredit: Berita Bola Sepak 15

” Kami mempunyai bahagian serangan yang baik ketika mengharungi Liga Super buktinya kami telah menjaringkan 39 gol hanya kurang 6 gol daripada juara liga (JDT), tidak mustahil kami boleh mengulanginya di Piala Malaysia.” ujar pemain kelahiran Brazil ini.

Namun, beliau tidak memandang mudah tentang cabaran daripada pasukan lain yang berada didalam kumpulan A iaitu Perak, Terengganu dan Felcra FC.

“Perak dan Terengganu merupakan lawan yang sukar untuk dihadapi ketika kami berada didalam Liga Super musim ini. Selain itu, Felcra juga tidak boleh dipandang ringan memandangkan mereka pendatang baharu didalam Piala Malaysia dan boleh menjadi ‘dark-horse’,” tambah pemain berkaki kiri ini.

Selain mempunyai pemain yang memiliki ‘assist’ terbanyak, Kuala Lumpur juga mempunyai penjaring terbanyak import dan tempatan dalam pasukan iaitu Guilherme De Paula (13 gol tempat ke-3) dan Indra Putra (6 gol).

Kuala Lumpur bakal membuka saingan Piala Malaysia dengan berdepan Terengganu di Cheras Sabtu ini.