Connect with:




Juara dunia, Rafiq Ismail mengutip kejuaraan pertamanya musim ini selepas memenangi kejohanan tenpin bowling Terbuka Singapura, semalam.

Dalam aksi final stepladder, Rafiq menewaskan pencabarnya dari Korea Selatan, Kim Jun Yung. Rafiq mencatat 188 jatuhan pin berbanding 180 dari Jun Yung.

Dalam acara wanita pula, pencapaian terbaik Malaysia hadir menerusi Sin Li Jane yang menduduki tangga kelapan.

Rafiq dan rakan-rakan sepasukan seterusnya terbang ke Madrid, Sepanyol hari ini bagi menyertai Terbuka Madrid dan EBT Masters.

Kemenangan ini pastinya menyemarakkan lagi semangat Rafiq dalam menghadapi beberapa lagi kejohanan besar antaranya Kejuaraan Asia di Kuwait pada Oktober dan Sukan SEA di Filipina, November nanti.

 

FOTO KREDIT: Singapore Bowling