Rafael Nadal atau lebih dikenali dengan jolokkan nama ‘Raja Tanah Liat’, mempunyai aset peribadi mencecah sehingga ASS120 juta (bersamaan RM513 juta) dengan kehebatan yang dimiliki sekaligus menjadikan dirinya sebagai lagenda pada ketika ini.

Namun di sebalik “kegagahannya” itu, ramai peminatnya tidak tahu bahawa atlet kelahiran Majorca, Sepanyol itu merupakan seorang jaguh yang penakut.

Jika lihat pada kehidupan Nadal pada ketika ini, ia tidak lari daripada perkara yang ditakuti oleh orang ramai seperti takut kepada anjing, bunyi guruh dan juga kegelapan.

Seperti insan biasa, Nadal amat menyayangi adiknya, Maribel dan antara rutin hariannya ialah menghubungi adiknya sebanyak 10 kali sehari.

Adiknya juga memberitahu bahawa, abangnya itu bukanlah seorang yang berani seperti di dalam gelanggang kerana banyak perkara yang ditakutinya.

“Dia juga tidak gemar keju dan tomato, baginya ia adalah makanan yang pelik tetapi dia suka makan biskut coklat,” kata Maribel.

Walaupun sudah mencecah usia 31 tahun, Nadal tetap hebat di gelanggang apabila dia muncul juara Terbuka Perancis kali ke-10, baru-baru ini.

Namun begitu, beliau merupakan ikon untuk jenama-jenama gergasi dunia seperti Nike, Bacardi, Armani dan Richard Mille.