Jenama Bridgestone yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membangunkan teknologi terkini dan pengetahuan teknikal dalam mereka bentuk produk mesra alam berprestasi tinggi, dengan bangganya mengumumkan tayar ‘Passenger Radial Ecopia EP300’ sebagai produk keluarannya yang terkini.

Tayar EP300 tersebut diletakkan sebagai tayar mesra alam generasi hadapan yang menawarkan rintangan putaran yang rendah dan prestasi cengkaman yang unggul dalam keadaan basah serta jangka hayat penggunaan yang lebih lama.

Melalui konsep reka bentuk dan penerapan penyelesaian kejuruteraan yang inovatif, EP300 mengorak kehadapan dan mentakrifkan semula konsep tayar mesra alam ke tahap yang seterusnya sesuai dengan cogan kata “Bila Anda Inginkan Segalanya” atau “When You Want It All”. Kini produk yang akan memenuhi kemahuan yang tinggi pemandu yang “Inginkan Segalanya” boleh didapati di pasaran.

EP300 yang diwarisi dari keluarga ECOPIA, telah diuji dan telah dibuktikan dapat mencapai penjimatan bahan api sehingga 2 liter1 bagi setiap tangki yang diisi penuh berbanding dengan tayar konvensional.

Dalam ujian perbandingan EP300 dengan generasi2 ECOPIA terdahulu, keputusan menunjukkan bahawa teknologi baru dan konsep reka bentuk yang digunakan untuk EP300 membantu mencapai penjimatan bahan api yang lebih baik, disamping menawarkan tambahan jarak perjalanan sehingga 11.2 km3 setangki dan prestasi cengkaman basah yang unggul untuk pemanduan yang lebih selamat di atas turapan basah.

“Kebanyakan pemandu mengkehendaki kecekapan bahan api yang lebih baik yang dapat menjimatkan bahan api. Tetapi, walaupun bagaimana berhati-hati sekali pun pemandu dalam memecut, jika sebuah kenderaan tidak dilengkapi dengan tayar mesra alam yang terbaik, mencapai kecekapan bahan api yang terbaik dan penjimatan akan menjadi satu cabaran,” kata Tai Kawasaki, Pengarah Urusan Pusat Teknikal Bridgestone Asia Pasifik.

“Dengan ECOPIA EP300 terkini ini, kami berhasrat memberi pemandu pulangan terbaik dari kenderaan mereka dan dalam masa yang sama membolehkan mereka turut berkhidmat dalam menjaga alam sekitar, ini kerana rintangan putaran tayar yang rendah dapat mengurangkan penghasilan CO2.”