Roger Federer berjaya menewaskan Marin Cilic 6-2, 6-7 (5-7), 6-3, 3-6, 6-1 sekali gus muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Terbuka Australia dan membawa pulang hadiah wang tunai 55 million AUD.

Namun untuk mencapai kejuaraan ke-20 Grand Slam itu bukan kerja mudah apabila pertarungan terpaksa diheret ke lima set untuk menentukan siapa pemenang.


Ternyata, pemain nombor dua dunia ini akhirnya berjaya juga memastikan kemenangan miliknya.
Lebih manis, ini merupakan kejuaraan keenam terbuka Australia dan kejuaraan ke-20 Grand Slam dalam karier R. Federer selama ini dan beliau sendiri menangis di saat mengangkat piala kemenangan itu.

Dalam saingan perseorangan wanita pula, pemain pilihan kedua, Caroline Wozniacki muncul juara apabila berjaya menewaskan pemain pilihan pertama, Simona Halep dalam pertarungan tiga set, 7-6 (7-2), 3-6, 6-4.

Kejohanan ini telah berlangsung dari 10 hingga 28 Januari 2018 yang bertempat di Melbourne Park, Australia.