Connect with:




Syarikat penerbangan terkemuka dunia, Qatar Airways diumumkan sebagai penaja utama kepada pasukan AS Roma, musim depan.

Penajaan tersebut bakal menyaksikan Roma menjadi kelab bola sepak dari Itali menerima penajaan terbesar dan logo syarikat penerbangan itu akan menghiasi baju hadapan pasukan berkenaan sehingga akhir musim 2020-21.

“Kami gembira untuk mengumumkan perkongsian bersejarah ini antara AS Roma dan Qatar Airways, dua jenama hebat dengan cita-cita global,” kata Presiden AS Roma, Jim Pallotta dalam laman web rasmi kelab berkenaan.

Perjanjian terbaru itu diumumkan sehari sebelum sepak mula separuh akhir pertama Liga Juara Juara menemukan AS Roma dan Liverpool di Anfield.

Foto Kredit : alaraby(dot)co(uk)