92 pasukan yang terdiri daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Kejuaraan, Liga Satu dan Liga Kedua telah bertanding dalam musim ke-58 Piala Liga dan lapan pasukan terakhir telah mara ke peringkat suku akhir.

Selepas menewaskan Crystal Palace, pasukan liga kejuaraan, Bristol Rovers akan berhadapan juara bertahan, Manchester United di laman sendiri, Stadium Ashton Gate.

Selepas nyaris mengalahkan Norwich City 2-1, Arsenal akan menentang West Ham United dalam perlawanan “London Derby”.

Juara Inggeris, Chelsea menjemput saingan EPL Bournemouth pada peringkat suku akhir, dengan The Blues sasar untuk menjulang Piala Liga buat kali keenam.

Pandahulu EPL, Manchester City akan berada di Leicester City, menyaksikan kedua pasukan ini mengulangi perlawanan mereka pada peringkat yang sama pada musim 2013-14 di mana The Citizens raih kemenangan 3-1.

City juga muncul juara Piala Liga pada musim yang sama.

Semua perlawanan akan berlangsung pada 18 Disember 2017.

Foto Kredit: EFL